Keajaiban Minyak Kelapa Dara Asli
Dari kajian saintifik yang telah dilakukan oleh ramai ahli sains, minyak kelapa dara dikatakan mempunyai sifat-sifat yang berikut :
-
ANTIVIRUS DAN ANTIBAKTERIA
-
ANTIOKSIDA YANG KUAT
-
PEMANGKIN METABOLISMA BADAN
-
PERSAMAAN KEKUATAN SUSU IBU
Antara penemuan pakar-pakar...
Minyak Kelapa Dara boleh mengurangkan berat badan?
Satu lagi fakta menakjubkan tentang minyak kelapa adalah walaupun ia sejenis lemak, ia sebenarnya menggalakkan kehilangan berat badan !!! Ini kerana asid-asid lemak rantai sederhana yang sihat itu tidak tersebar dalam aliran darah seperti lemak-lemak lain, tetapi dihantar terus ke hati di mana ia di tukar serta merta menjadi tenaga, sama seperti karbohidrat. Oleh itu, tubuh menggunakan lemak dalam minyak kelapa dara untuk menghasilkan tenaga dan bukannya disimpan sebagai lemak badan. Asid-asid lemak rantaian sederhana yang ditemui dalam minyak kelapa juga mempercepatkan metabolisme badan lantas membakar lebih banyak kalori dan menggalakkan pengurangan berat badan. Kesan – kesan pengurangan berat badan minyak kelapa telah jelas ditunjukkkan oleh ramai penyelidik.
Dr. Mary Enig, seorang pakar pemakanan / ahli biokimia dan salah seorang dari pakar terbaik dunia mengenai lemak dan minyak, mengatakan 'Kira-kira 50% dari asid lemak dalam lemak kelapa adalah asid laurik. Asid laurik adalah asid lemak rantaian sederhana (MCFA) yang mempunyai fungsi bermanfaat tambahan iaitu dibentuk menjadi monolaurin dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah monogliserida berciri antivirus, antibakteria dan antiprotozoa yang digunakan oleh manusia atau haiwan untuk memusnahkan virus-virus berselaput lipid seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria patogenik termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori dan protozoa seperti giardia lamblia. Beberapa kajian juga telah menunjukkkan sedikit kesan antimikrob asid laurik bebas.
Di negara barat, minyak kelapa dara telah digunakan di dalam formulasi makanan untuk pesakit tua dan kritikal. Ia juga merupakan bahan penting dalam formulasi makanan bayi.
Minyak kelapa dara mengandungi medium chain trigliseride yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu.
Minyak kelapa dara adalah 100% organik, diakui oleh doktor di seluruh dunia tentang kehebatannya, bersifat antivirus dan antibakteria, boleh merencat virus HIV, tiada kolesterol, tidak menyebabkan kegemukan, menurunkan darah tinggi dan kencing manis, tiada kesan sampingan dan diakui di seluruh dunia sebagai makanan berfungsi pada abad ke 21.
Fakta : Minyak kelapa dara adalah makanan yang selamat dimakan menurut senarai Generally Regarded As Safe (GRAS) di bawah Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika (USFDA) yang merupakan sebuah badan paling berpengaruh yang mengawal selia keselamatan makanan dan ubat di Amerika syarikat.
Minyak Kelapa Dara sebagai Anti Oksida
Kebanyakan minyak mempunyai struktur kimia yang tidak stabil dan mudah teroksida apabila terdedah kepada haba, cahaya, kelembapan, dan oksigen. Minyak teroksida membentuk radikal bebas yang toksik menyebabkan penyakit merbahaya seperti kanser dan jantung. Struktur kimia minyak kelapa dara sangat stabil dan tidak mudah teroksida. Ia mengelakkan pembentukan radikal bebas toksik.
Persamaan Minyak Kelapa Dara dengan kehebatan susu ibu
Industri kesihatan dunia menggalakkan penggunaan susu ibu sebagai makanan bayi yang hebat. Ini adalah kerana bayi yang disusu ibu lebih sihat dan cergas. Mereka juga dilindungi dari penyakit serta mempunyai kadar metabolisme yang tinggi. Komponen penting di dalam susu ibu adalah sejenis lemak tepu aktif yang juga merupakan bahan penting yang sama wujud di dalam minyak kelapa dara. Dengan memakan minyak kelapa dara kita akan mendapat kesan perlindungan dan kehebatan susu ibu.
Rahsia tersembunyi mengenai Minyak Kelapa Dara
Rahsia kehebatan minyak kelapa dara sememangnya diketahui oleh mereka yang telah mengamalkan penggunaannya, terutama mereka yang tinggal di kawasan tropika yang mengamalkan cara hidup secara tradisional, di mana kelapa telah menjadi diet seharian mereka. Penggunaannya sebagai makanan seharian telah diamalkan dari satu generasi ke satu generasi selama lebih seribu tahun lalu.
Pada tahun 1930an, Dr. Weston Price, seorang doktor gigi telah pergi ke sebahagian Kepulauan Pasifik Selatan membuat kajian terhadap tahap kesihatan penduduk di sana. Beliau mendapati bahawa mereka memiliki gigi yang kuat dan memiliki tahap kesihatan yang tinggi walaupun hanya mengamalkan pengambilan pemakanan yang berasaskan kelapa sebagai sebahagian daripada diet harian mereka.
Pada tahun 1981, para penyelidik telah membuat kajian mengenai penduduk yang tinggal di dua kepulauan Polynesia. Mereka mendapati bahawa kelapa telah djadikan sumber untuk memberi tenaga. Suatu perkara yang luarbiasa adalah, hampir kesemua penduduk tidak pernah mengalami penyakit berkaitan jantung. Malah tiada sebarang bukti menunjukkkan pengambilan lemak tepu oleh penduduk di sana boleh menyebabkan sebarang kesan terhapap kesihatan mereka.
Mengapa perlu menggunakan minyak kelapa dara yang 100% organik?
- Membantu mengurangkan dan mengekalkan berat badan yang ideal
- Mengurangkan risiko serangan jantung dan darah tinggi
- Mengurangkan kadar kolesterol
- Mengawal kencing manis dan anti oksida yang semulajadi
- Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah
- Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa
- Meningkatkan kadar metabolisma dan pemangkin kelenjar tiroid
- Membekal sumber tenaga yang pantas
- Mengurangkan kesan kedutan kulit dan melindungi kesan ultra vilet matahari
- Mengurangkan kelemumur dan dan mengaktifkan pertumbuhan rambut.
Amalan pengambilan Minyak Kelapa Dara boleh membantu untuk :
ü Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong.
ü Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksin melalui najis.
ü Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga.
ü Di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Oleh itu penghadaman mencapai tahap maksimum.
ü Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga. Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap.
ü Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan sesaorang.
ü Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.
ü Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.
ü Mempercepat penggantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, dan kelembutan kulit.
Penggunaan Minyak Kelapa Dara secara berterusan juga boleh membantu untuk :
v Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalah pilihan terbaik untuk menggantikan minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi.
v Mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil glukos dari dalam darah.
v Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghalang pembentukan radikal bebas.
v Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine.
v Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
v Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.
v Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.
Bagaimana menggunakan Minyak Kelapa Dara Asli ?
Minyak Kelapa Dara Asli boleh digunakan untuk kegunaan luaran dan juga dalaman. Rekabentuk botol yang digunakan bertujuan untuk memudahkan pengguna. Hanya semburkan 5-6 kali ke dalam mulut pada waktu pagi dan malam.
Anda juga boleh menggunakan produk ini seperti losyen, minyak rambut, penanggal gincu dan berbagai lagi. Hanya semburkan 2-3 titik pada tapak tangan dan sapukan pada lengan atau muka anda. Produk ini akan berfungsi seperti pelembab untuk melembabkan kulit anda. Sapukan sehingga ianya meresap sepenuhnya. Anda akan dapati ada perbezaan apabila anda tidak mengunakannya.
Bolehkah saya menggunakan Minyak Kelapa Dara Asli untuk berhenti merokok ?
Insyaallah. Anda boleh berhenti merokok sekiranya anda menggunakan produk ini secara berterusan. Apa yang anda perlu anda lakukan ialah menggunakan produk ini setiap hari pada waktu pagi dan petang. Sebelum merokok, semburkan 1-2 kali ke dalam mulut anda. Anda akan mendapati rokok yang anda hisap mempunyai rasa yang berlainan dan lama kelamaan anda akan berhenti merokok secara perlahan-lahan. Selamat mencuba.
Bagaimana membuat demonstrasi menggunakan Minyak Kelapa Dara Asli ?
Demo pertama – mengurangkan nikotin pada rokok. Hanya letakkan sebatang rokok di atas botol produk ini. Setelah 10 minit, hisap rokok tadi. Anda akan mendapati bahawa kandungan nikotin di dalam rokok ini telah berkurang dan rokok yang anda hisap tadi akan berbeza dengan sebelumnya. Sila lawati www.nosmoking.blogdrive.com untuk melihat demonstrasi.